Thursday, March 8, 2007

sejarah skinheads

ada tahun 50an dan 60an,terdapat sekumpulan
remaja ‘British’ Working Class yg digelar MOD.Mereka mempunyai imej tersendiri iaitu berambut pendek & mereka lebih ke hala kehidupan & keseronokan.
Mod juga cenderung kea rah fesyen dan terdapat sebuah lagu yg berkaitan dgn MOD iaitu “DEDISATE FOLLOWER FASHION” nyanyian KINKS.Pada akhir 60an golongan yg bergelar diri mereka Skinheads mengubah haluan mereka daripada MOD & mereka berubah menjadi Working Class secara total (buruh).Mereka mencukur rambut dan memakai steel-toe.Tujuannya adalah untuk keselamatan & berjaga – jaga.


Golongan Skinheads adalah terdiri drpd buruh & mereka dianggap sebagai golongan kurang bijak oleh media.Aktiviti harian Skinheads selepas bekerja ialah berkunjung ke pub / dewan harian yg majoritinya terdiri daripada pendatang Jamaica.Di sini mereka berkumpul dan bersembang sambil melayan Ska.Terdapat dua benda yg amat digemari Skinheads iaitu bola sepak dan beer.


Golongan awal Skinheads ialah bukan golongan racist.Permusuhan kaum hanya terjadi jikalau terjadi persaingan.Contohnya persaingan kerja dgn pendatang asing Pakistan (HAMMERSKIN).Tetapi nagi yg tidak terlibat, mereka masih menikmati hidangan India / Pakistan seperti kari.


Terdapat satu istilah iaitu Trojen Skin.Ianya satu gelaran bagi Original Skinheads.Skinheads mula merosot apabila ramai yg mula menyimpan rambut dan berumah tangga.


MOD-MODERNIST=Remaja Working Class di England pada tahun 50an dan 60an.Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan antara sekolah dan bekerja.


INDEPENDENT SKINHEADS=Sebenarnya golongan ini terdiri daripada Traditions Skinheads.(SkinTrads)


S.H.A.R.P=Pada hujung 80an,Rody Mareno telah memperkenalkan S.H.A.R.P(Skinheads Againts Racial Prajudice) di Britain.Yang membawa SHARP sebenarnya 3 orang budak New York dan seorang daripadanya bernama Marcus.Di NY,SHARP memang sudah popular .Rody Moreno cuma bawak balik leaflet dan kenalkan di Britain.Objektif mereka adalah untuk meberitahu umum maksud Skinheads sebenarnya dan mendedahkan kepada Boneheads siapa diri mereka sebenarnya dan cuba membawa Nazi Skinheads ke arah landasan yg betul dalam Skinheads.









BONEHEADS=Sebenarnya perkataan Boneheads ada satu sindiran (Mungkin satu penghinaan) dan gelaran ini ditujukan kepada golongan Nazi Skinheads.Gelaran ini diberikan oleh golongan yg bukan racist.Di barat biasanya berkait rapat dengan “White Power”.


WHITE POWER=White Power adalah berunsur perkauman.Ianya bermaksud kuasa orang putih dan ianya menjadi pegangan Nazi Skinheads di barat.Sejak zaman dahulu lagi orang putih pernah mengatakan merekalah yg bertanggungjawab mentamadunkan umat manusia.Ini secara tidak langsung merendah-merendahkan,
memperlecehkan dan sekaligus menghina bangsa lain.Dari sini wujudlah pertelingkahan antara kaum.Perkataan Nazi Skinheads digunakan untuk melambangkan perkauman(racist).Sejajar dengan perjuangan Parti Nazi yg amat megah dengan bangsa Aryan dan memusuhi bangsa Yahudi dll.Terdapat stu perkataan yg melambangkan White Power iaitu “We must secure the existance of our people and future for while children”.


HAMMERSKIN=Satu lagi berunsur racist tetapi keadaan ini terjadi apabila mereka mula terasa terancam akibat persaingan dengan Pakistan.


SKINHEADS MALAYSIA.

Sejak tahun 1990 lagi budaya Skinheads telah dibawa masuk ke Malaysia.Namun pada masa itu golongan Skinheads adalah terlalu kecil.Pasa tahun 1992 budaya Skinheads telah berkembang,ini kerana Singapura merupakan sumber maklumat tentang budaya Skinheads.Skinheads di Malaysia sering berulang alik dari Singapura ke Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang Skinheads.Pada mulanya golongan Punk Rock di Malaysia yg berperanan memperkembangkan budaya Skinheads.Ini adalah kerana pada masa itu masyarakat memandang serong tentang budaya Punk Rock.Cara Punk Rock berpakaian dan ada yg berambut Trojen itulah menjadi isu.Hasil daripada tanggapan masyarakat tentang budaya Punk Rock,golongan Punk Rock telah mengubah cara hidup mereka dan cara berpakaian mereka lebih kemas.Mereka telah memilih cara hidup Skinheads kerana cara Skinheads berpakaian kemas dan uzik Oi!, Ska dapat diterima oleh golongan Punk Rock.Dengan membawa masuk kaset dari barat serta cara berpakaian ala Skinheads,dan ini mebuka mata golongan anak muda meniru budaya ini.Kemudian muncul beberapa band muzik yg memainkan muzik Oi!, Street Rock, Ska , Rocksteady , para peminat muzik Skinheads ini muncul dengan banyaknya.Pengaruh muzik yg dimainkan oleh The Bussiness, The 4 Skins, Cocksparer , Oi Polloi , Last Resort , The Skatalies , The Special , The Selecter telah menjadi ikutan band-band Skinheads di Malaysia.Skinheads di Malaysia tidak dilabelkan undergrounds,sebaliknya mereka hanya menyokong band-band underground.Skinheads merupakan satu budaya,tentang D.I.Y atau Major Label,itu terpulang kepada mereka sendiri samada menerimanya sebagai attitude atau tidak.Skinheads di Malaysia juga terbahagi kepada pecahan-pecahan Skinheads seperti Skinheads Trads,Sharp,Nazi.
-RW-


S-Soldier
K-Kingdom
I-Individual
N-Nationalisme
H-hate
E-ego
A-and
D-drug

apa itu rudeboy??

Rudy, Rudeboy & Rudegirl

Rudy secara sinonimnya adalah merujuk kepada Rudeboy dan Rudegirl.
Rudeboy berwatak "Cool Super - hooligans".Rude membawa maksud liar, ganas ataupun
kurang ajar.Istilah ini ada kaitan dengan Shanty Town.


Pekaraini diterangakan dengan lebih menalam oleh Desmond Dekker di dalam
bukunya iaitu 'Shanty Town"(1967) dan Rudeboy Train"(1968).Shanty
Town adalah merujuk kepada rumah Dekker di sebuah kawasan perumahan padat di
Westkingston di Jamaica.Kehidupan di situ sentiasa dalam keadaan tertekan dan kerapkali
berlakunya jenayah.

Rudeboy mempunyai heronya yang tersendiri iaitu JASSE JAMES dan BILLY the KID.

Kebanjiran pendatang Jamaica di U.K turut sama membawa Rudeboy seiring dengan
perkembangan inilah muzik Rudeboy iaitu Ska mula mempengaruhi Skinheads.

Rudeboy mempunyai gayanya yang tersendiri seperti memakai suit(kot) berwarna gelap,tie kurus,hat(Topi Popeye).
Manakala Rudegirl pula memakai Fred Perry,skirt pendek,kasut rendah,stokin paras buku lali dan jaket tiga lubang.